Ayam Percik Perdana

1 ekor ayam (potong 4 buang kulit)
1 kg santan
2 cm halia (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
10 ulas bawang merah (kisar)
7 tangkai cili kering (kisar)
2 sudu besar air asam jawa
2 batang serai (ketuk)
Sedikit garam dan gula
BAHAN KISAR:
2 cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
2 cm halia
5 batang serai
3 ulas bawang merah
CARA MENYEDIAKAN:
1. Perapkan ayam bersama bahan A (kecuali santan) selama 30 minit.
2. Kemudian bakar ayam sehingga tiga per empat masak.
3. Sementara itu, panaskan santan, kemudian masukkan bahan kisar.
4. Kacau kuah supaya santan tidak pecah minyak.
5. Apabila santan masak dan pekat, percikkan ke atas ayam bakar tadi dengan serai.
6. Bakar sehingga ayam masak.
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 8990
Comments (7)

written by Azizah Aziz, October 07, 2008
hmmm... saya ni buat kuah ayam percik.. lepas letak kat ayamnya, kuah lebih tu saya tambahkan sikit buah keras.. supaya kuah ayam percik tu pekat sikit.. mungkin ini pengaruh dari selatan kot
written by sungkai KM ADIL, October 14, 2008
dah ko bodoh ...apesal buh bah keras..keras la ayam tu
Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.
| < Prev | Next > |
|---|





