1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Hidangan Ayam dan Daging

Ayam Kalio Berbijan

User Rating: / 2
PoorBest 

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - dibahagi dua dan dikelar
Sedikit lada sulah
10 tangkai cili kering - dikisar
1 cm halia - dikisar
1 cam lengkuas - dikisar
4 biji buah keras - dikisar
4 sudu bijan
1 biji kelapa - ambil 3 cawan santan
2 batang serai - dititik
2 sudu besar gula Melaka
Garam secukup rasa
Bawang merah - dihiris halus
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Menyediakan:

1. Ayam dibersihkan dan diperap dengan garam dan lada sulah selama sejam.

2. Tumis bawang merah sampai garing kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau lagi sehingga naik bau.

3. Masukkan ayam dan serai, kemudian tutup periuk.

4. Bila hampir empuk masukkan santan dan gula Melaka.

5. Biar sampai betul-betul empuk, masukkan bijan. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.

Ayam Masak Merah Berserai

User Rating: / 2
PoorBest 

Bahan-bahan:

1 cawan cili kisar
1.5 kg ayam - dipotong dan dibersihkan
Sedikit halia
6 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
5 batang serai - dikisar
1/4 cawan tomato puri
Minyak masak secukupnya
Garam dan kunyit secukupnya
Gula secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Ayam digaul garam kunyit dan digoreng hingga masak. Ketepikan.

2. Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan secukupnya untuk menumis. Tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan tomato puri dan kacau hingga naik minyak.

3. Masukkan ayam, garam dan gula, kacau rata dan angkat.

Daging Hiris Masak Merah

User Rating: / 6
PoorBest 

Bahan-bahan:

1 kg daging batang pinang - hiris lebar dan bersihkan
8 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
3 cm halia - hiris
5 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
4 sudu besar tomato puri
2 1/4 sudu besar sos tomato
2 1/4 sudu besar sos cili
1 sudu besar cili kisar
2 biji tomato - belah empat
2 labu bawang besar - potong bulat
1/2 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan kisar, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, kemudian kacau hingga naik aroma.

3. Masukkan cili kisar, tomato puri, sos tomato dan sos cili. Kacau hingga rata dan biarkan hingga pecah minyak.

4. Masukkan daging goreng, garam, gula dan juga santan kemudian kacau hingga rata.

5. Bila masakan agak pekat, masukkan bawang besar dan buah tomato kemudian kacau. Bila bawang layu sedikit, angkat dan hidang panas-panas bersama nasi.

Ayam Ala Thai

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
100 gm sos cili Thai
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar krim kacang
1 sudu besar gula
Sedikit garam
Semangkuk tepung kanji
1 sudu besar minyak masak
Kacang hancur dan bijan

Cara Menyediakan Ayam:

1. Sediakan 1/2 ekor ayam yang telah dibuang tulangnya, bersihkan dan potong kecil. Gaulkan dengan tepung kanji dan goreng hingga garing. Ketepikan.

2. Semasa menghidang, curahkan sos ke atas ayam, kemudian taburkan kacang dan bijan di atasnya.

Cara Menyediakan Sos:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan sos cili, sos plum, krim kacang, gula dan garam. Masak hingga mendidih.

 

Daging Lada Hitam Berempah

User Rating: / 13
PoorBest 

Bahan A:

1/2 kg daging - dipotong nipis
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar kicap pekat
Minyak untuk menggoereng
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Bahan B (Perap)

3 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar lada hitam

Bahan c

1 batang lobak merah - dipotong nipis
3 tangkai daun bawang - dihiris nipis
1 labu bawang besar - dimayang halus
1 biji lada benggala - dipotong nipis

Cara Menyediakan:

1. Daging dicuci dan diperap dengan bahan perap serta garam selama satu jam. Panaskan minyak, kemudian goreng sampai empuk dan angkat.

2. Tumis bawang besar yang telah dimayang sampai layu, baru masukkan serbuk lada hitam dan bahan C.

3. Masukkan juga kicap pekat, serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, garam, gula dan air asam jawa. Kacau seketika sebelum masukkan daging tadi dan goreng lagi sehingga bahan-bahan ini mesra dan daging empuk.

Daftar Masuk