1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>
Slideshow Image 1
Slideshow Image 2
Slideshow Image 3
Slideshow Image 4
Slideshow Image 5
Slideshow Image 6
Slideshow Image 7
Slideshow Image 8
Slideshow Image 9

project

bingka serbuk roti

Saturday, 21 April 2012 00:05
nasi

nasi pandan

Wednesday, 29 February 2012 17:47
copykekspanjem.jpg

Kek Span Jem

Wednesday, 29 February 2012 00:00


Bengkel Memasak SAJI Bersama Chef Kamarul & Rempah Mak Dara

Muat Turun Borang Penyertaan Di sini.

begedel jagung

Resipi oleh: Noor Joha Ahmad

 

Begedel jagung berudang ini selain enak dimakan dengan nasi juga boleh dimakan begitu sahaja. Sebaiknya kita gunakan jagung tongkol yang disisir bijinya. Jagung tongkol masih mempunyai kanji yang menghasilkan rasa lemak dan kanji itu juga mengelakkan begedel terlerai bila digoreng.

sisir tiga tongkol jagung dan tumbuk lumat. Jika kita ingin menggunakan pengisar kering juga boleh.

Setelah itu tumbukkan 9 ulas bawang putih hingga lumat. Campurkan dalam adunan jagung. Masukkan juga satu sudu kecil garam. Udang yang dikupas kulit kita potong kecil dan gaul sebati dalam adunan. Pecahkan sebiji telur dan gaul lagi.

Sebaiknya adunan dibiarkan selama setengah jam dalam peti sejuk sebelum kita cucurkan. Minyak yang digunakan jangan terlalu banyak, dan kemudian kita sendukkan dengan sudu perlahan-lahan dan cucurkan dalam minyak yang panas. 

Begedel ini jangan dibalik-balikkan selalu. Biarkan ia garing pada sebelah bahagian dan barulah kita balikkan dan kemudian angkat.

 

 

2 pudingroti

Resipi oleh: Noor Joha Ahmad

 

Dua jenis resipi ini menggunakan roti sebagai bahan utamanya, cuma cara membuatnya agak berbeza kerana satu rasanya manis dan satu lagi  pedas.

Kaedah bakar dan kukus sesuai untuk pencuci mulut yang menggunakan roti sebagai bahan utama. Anda boleh membuat pilihan roti. Roti ban kosong, roti keping, roti croissant, French loaf (roti panjang) ataupun apa jenis roti tawar boleh digunakan. Selain itu roti yang menggunakan tepung gandum putih atau gandum kasar juga boleh digunakan.

 

singgang aroma

Oleh: Noor Joha Ahmad

 

Singgang selain menggunakan ikan tongkol, ia juga boleh digantikan dengan ikan tilapia. Singgang merupakan masakan yang sihat kerana ia tidak menggunakan minyak sebagai bahan. Kuah singgang enak dihirup kerana ia merupakan air rebusan yang  dihasilkan dari pelbagai ramuan.

Singgang jenis ini sama sahaja seperti singgang Pantai Timur, tetapi kita boleh tambah bahan-bahan lain yang dirasakan sesuai seperti daun limau purut.

Hanya menggunakan bahan seperti lengkuas, halia, bawang merah, bawang putih, serai, cili padi, asam keping, serbuk kunyit, gula, garam dan daun limau purut yang direbus selama setengah jam  amat mudah disediakan.

Setelah setengah jam, kita masukkan ikan tilapia dan biarkan ia ikan masak. Bagi mereka yang tidak ada selera makan, bolehlah masak singgang seperti ini.

 

sembang

Sembang-sembang orang dapur

 

Salam sejahtera,

Bagi para pembaca Saji Online ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kerana kesudian anda melayari laman sesawang ini bagi mendapatkan ilmu melalui resipi-resipi yang  pernah saya pamerkan.

Untuk pengetahuan pembaca budiman semua, kini saya  kembali menerajui majalah Saji setelah hampir lima tahun saya meninggalkannya. Selain menerajui majalah Saji, saya juga akan kekal sebagai editor Saji Online yang baru sahaja disandang tahun ini.

Oleh itu saya berharap para pembaca budiman terus menyokong majalah Saji dan Saji Online. Kami dari redaksi Saji berharap sokongan anda semua dapat diteruskan dan tidak lupa untuk kami mengucapkan jutaan terima kasih sebelum dan sesudahnya.

Diharapkan segala ilmu dan informasi yang kami sediakan untuk pembaca dapat memberikan manfaat dan dengan sedaya upaya kami akan menyediakan yang terbaik untuk anda semua.

Kami berharap anda terus setia bersama kami dan sekali lagi saya bagi pihak redaksi Saji mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.

Sekian…NOOR JOHA BIN AHMAD

 

Penjagaan Si Kecil

Image
Membentuk Tabiat Makan
Tuesday, 29 March 2011
      Kebanyakan anak yang sedang membesar memang berselera makan.... Read more...

Pengurusan

Image
Sejuk Beku - Apa Anda Perlu Tahu
Thursday, 05 May 2011
  Adakah makanan yang disejuk beku masih selamat, berzat dan berkualiti? Baca jawapannya...   Read more...

Info Makanan

Iklan @ SAJI

Daftar Masuk



Iklan Teks

Siapa Online

We have 106 guests online